Saturday 15 October 2011

Pengajaran Mikro Saya

My First Video Of Teaching To Dr. Nurulhuda......


Pada 5 October 2011, saya telah membuat satu rakaman video untuk mikro pengajaran saya di kelas Tahun 1A. Saya telah meminta pertolongan daripada rakan sekerja rapat saya, Cikgu Wong Yah Hooi untuk menolong saya untuk membuat rakaman tersebut sebagai tugasan Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran2 yang akan sedia menghantar kepada pensyarah saya iaitu Dr. Nurulhuda. Saya sangat menghargai bantuan yang dihulurkan oleh Cikgu Wong dengan mengorbankan masa berharga untuk menyelesaikan tugasan yang begitu "mudah".
Sebelum memulakan rakaman, saya berasa ada sedikit tekanan dan gelisah kerana saya risau akan wujud keadaan yang tidak diingini dan seterusnya akan menjejaskan rakaman yang sedang dibuat. Tetapi pada akhirnya, saya telah berjaya menjalankannya.
Selepas ini, saya telah meminta komen daripada Cikgu Wong dan murid-murid yang sudi memberi komen kepada mikro pengajaran saya ini. Mereka dapati aktiviti pengajaran yang saya laksanakan ada sedikit sebanyak kelemahan dan perlu diperbaiki untuk menjadikannya lebih pada masa depan.
Sebenarnya pada sebelum ini, saya telah membuat dua cubaan. Video di atas adalah rakaman untuk kali kedua selepas gagal untuk cubaan pertama kerana tidak sampai 5 minit dan hanya 4:22minit. My goodness!! Gementar saya apabila tahu masa telah singkat dirakam. Saya terpaksa meminta bantuan daripada Cikgu Wong lagi. Nasib baik tidak ganggu Cikgu Wong dan beliau gembira menolong saya untuk menyiapkan mission imposible ini. Asyik susahkan beliau!
Oleh sebab saya sibuk dalam dua hari itu, saya pun siap refleksi pada larut malam hari sabtu dan terpaksa uploadnya pada hari Ahad(9/10/2011). Semasa upload, saya telah silap isi maklumat di ruang privasi yang disediakan di ruang privasi sebagai "peribadi" dan akan menyekat sesiapa pun termasuk Dr. Nurulhuda menyaksikannya. Saya baru dapati pada malam kira-kira pukul 10 lebih! Ah, alamak! Banyak kali saya cuba, barulah saya berjaya untuk menukar maklumat peribadi kepada "tidak tersenarai, dapat cari melalui pautan". Syukurlah! Pada masa untuk penyelesaiannya, adalah hampir 11.40pm. Hu...akhirnya beres!
Untuk menjamin Dr. Nurulhuda dapat mencari video saya, oleh sebab saya upload pada sebelah pagi  dan khuatir Dr Nurul tidak dapat mencarinya, saya e-mail kepada beliau sebagai pemberitahuan URL video tersebut supaya Dr Nurul dapat mengesan video itu.
Dengan keadaan-keadaan yang dialami, saya dapati banyak perkara telah dilakukan pada kali pertama yang tidak pernah saya rasakan. Harap pada masa kelak, semua akan berjalan dengan lancar.......